Taklimat TTT Advokasi (Maran)

Aktiviti terkini | 25.01.2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Taman Jengka Impian

Tujuan Aktiviti :
Tujuan taklimat ini adalah melatih dalam memberi taklimat Klik Dengan Bijak kepada komuniti serta berkongsi ilmu pengetahuan mengenai tajuk advokasi yang digariskan oleh pihak MCMC untuk disampaikan kepada komuniti agar maklumat yang disampaikan adalah berkesan serta sahih.

Tujuan :
• Memperkenalkan tajuk-tajuk baru atau isu-isu baru berkenaan keselamatan komputer kepada petugas pusat Internet.
• Memperkenalkan rancangan mengajar dan panduan mengajar untuk diketengahkan kepada komuniti.
• Membincangkan topik-topik yang berkaitan untuk dikongsikan kepada komuniti semasa taklimat KDB yang akan dijalankan di tempat-tempat terpilih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :