Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Taman Jengka Impian merupakan Projek Perumahan Rakyat Mampu Milik (PPRM) yang juga dikenali sebagai Rumah Kos Rendah. Terdapat 300 buah rumah yang telah dibina sebahagiannya untuk orang awam dan penempatan semula Matau. Majoriti penduduk di taman ini adalah semua melayu. Taman ini terletak di kawasan Bandar Tun Abdul Razak Jengka. Taman ini juga dilengkapi dengan kemudahan seperti dewan, surau, taman permainan, gelanggang futsal, tadika perpaduan dan Pusat Internet 1 Malaysia.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021


GOOGLE MEET MESYUARAT AGONG KAF WILAYAH JENGKA

Aktiviti Terkini | 1 Ogos 2021

• Pusat Internet Komuniti Jengka Impian telah membantu Ahli Persatuan Kami Anak Felda Wilayah Jengka untuk mengadakan Mesyuarat Agong KAF Wilayah Jengka bagi Tahun 2021 secara Alam Maya....baca selanjutnya

BANTUAN PKPD FELDA JENGKA 8 DAN 12

Aktiviti Terkini | 6 Julai 2021

Bantuan Covid di berikan kepada penduduk sekitar jengka 8 dan 12 yang mana telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bantuan ini hasil kerjasama Kami Anak Felda Wilayah Jengka....baca selanjutnya

BANTUAN PKPD FELDA JENGKA 24

Aktiviti Terkini | 6 Jun 2021

Bantuan Covid di berikan kepada penduduk sekitar jengka 24 yang mana telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bantuan ini hasil kerjasama Kami Anak Felda Wilayah Jengka...baca selanjutnya

PRODUCT PHOTOSHOOT SERIES TOUR 1

Aktiviti Terkini | 23 Mei 2021

Aktiviti ini merupakan anjuran Kluster Maran bagi membantu para usahawan dalam mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan cara mengajar dan menyediakan perkhidmatan mengambil gambar produk....baca selanjutnya

GOTONG ROYONG BERSIHKAN KUBUR JENGKA 14

Aktiviti Terkini | 10 April 2021

Aktiviti ini di adakan dengan kerjasama Badan Masjid Jengka 14, Kami Anak Felda dan Belia jengka 14. ...baca selanjutnya

CLASS ICT PDPR MAC 2021

Aktiviti Terkini | 8 & 9 Mac 2021

Oleh kerana kita masih dilanda wabak Covid 19, masih terdapat pelajar yang menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet....baca selanjutnya

CLASS ICT PDPR FEBUARI 2021

Aktiviti Terkini | Sepanjang Bulan Febuari

Oleh kerana kita masih dilanda wabak Covid 19, sebahagian pelajar setempat menggunakan perkhidmatan Internet di Pusat internet untuk urusan pembelajaran mereka....baca selanjutnya

WORK FROM HOME PKP 2.0

Aktiviti Terkini | Sepanjang Bulan Januari

Oleh kerana kita masih dilanda wabak Covid 19, sebahagian pekerja komuniti setempat di arahakan bekerja di rumah ( Work From Home ) namun masih ade di antara mereka masih tidak memiliki peralatan atau gajet yang mampu milik, oleh yang demikian Pusat Internet merupakan pilihan mereka....baca selanjutnya

CLASS ICT PDPR JANUARI 2021 PKP 2.0

Aktiviti Terkini | Sepanjang Bulan Januari

Oleh kerana kita masih dilanda wabak Covid 19, sebahagian pelajar setempat menggunakan perkhidmatan Internet di Pusat internet untuk urusan pembelajaran mereka....baca selanjutnya

-->

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti