SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1444H

Aktiviti terkini |9 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
Masjid AL-Amin Felda Raya Jengka 14

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Taman Jengka Impian dengan kerjasama PEDi Bukit Cermin telah menyertai Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh Badan Masjid Felda Jengka 14.

Tujuan Aktiviti :
• Tujuan Majlis ini di adakan adalah bagi mengambil iktibar dan memperingati tarikh kelahiran Baginda SAW.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Majlis di mulakan dengan perbarisan berserta selawat kemudian di adakan juga aktiviti sampingan seperti pertandingan azan, mewarna kanak-kanak 12 tahun dan dewasa , dan juga di adakan kuiz Klik Dengan Bijak.

Kebaikkan Aktiviti :
• Majlis ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan komuniti bersama PEDi malah ianya dapat mendidik generasi muda agar memenuhi majlis agama serta memberikan kita peluang untuk menambah pahala di majlis yang mulia ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :