Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Taman Jengka Impian merupakan Projek Perumahan Rakyat Mampu Milik (PPRM) yang juga dikenali sebagai Rumah Kos Rendah. Terdapat 300 buah rumah yang telah dibina sebahagiannya untuk orang awam dan penempatan semula Matau. Majoriti penduduk di taman ini adalah semua melayu. Taman ini terletak di kawasan Bandar Tun Abdul Razak Jengka. Taman ini juga dilengkapi dengan kemudahan seperti dewan, surau, taman permainan, gelanggang futsal, tadika perpaduan dan Pusat Internet 1 Malaysia.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


JANGKAUAN KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 6 & 7 Febuari 2023

PEDi Taman Jengka Impian bersama-sama PEDi Kluster Maran telah mengadakan Program Jangkauan Klik dengan Bijak di SK Jengka Pusat 2...baca selanjutnya

KELAS ICT & EDUCATION GAMES 2.0

Aktiviti Terkini | 4,11,18 & 25 Febuari 2023

PEDi Taman Jengka Impian telah mengadakan empat kelas ict dan education games bagi bulan febuari dan disertai oleh 40 orang...baca selanjutnya

GOTONG ROYONG MASJID AL AMIN

Aktiviti Terkini | 21 Januari 2023

PEDi Taman Jengka Impian telah menyertai satu aktiviti Bersama komuniti iaitu membersihkan kawasan masjid Jengka 14....baca selanjutnya

KELAS ICT & EDUCATION GAMES 1.0

Aktiviti Terkini | 7,8,14 & 15 Januari 2023

PEDi Taman Jengka Impian telah mengadakan empat kelas ict dan education games bagi bulan januari dan disertai oleh 40 orang...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti