Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Taman Jengka Impian merupakan Projek Perumahan Rakyat Mampu Milik (PPRM) yang juga dikenali sebagai Rumah Kos Rendah. Terdapat 300 buah rumah yang telah dibina sebahagiannya untuk orang awam dan penempatan semula Matau. Majoriti penduduk di taman ini adalah semua melayu. Taman ini terletak di kawasan Bandar Tun Abdul Razak Jengka. Taman ini juga dilengkapi dengan kemudahan seperti dewan, surau, taman permainan, gelanggang futsal, tadika perpaduan dan Pusat Internet 1 Malaysia.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


‘SCHOOL OF ROCK’

Aktiviti Terkini | 7,8,20,22 Disember 2018

Aktiviti 'School of Rock' diadakan sempena Program cuti sekolah. Pelbagai aktiviti di jalan kan seperti Woody Craft, Lego Land , Airplane 4D dan Animal Wars. Aktiviti ini berlangsung 3 hari pada waktu pagi sehingga tengahari. Terdapat aktiviti berkumpulan dan juga aktiviti individu. Aktiviti ini melibatkan 30 orang kanak-kanak....baca selanjutnya

PROGRAM KOMUNITI & ROADSHOW VIVO Y53 + FREE SIMPACK DIGI

Aktiviti Terkini | 11 November 2018

Program Roadshow ini bertujuan menjual phone vivo melalui promosi harga rendah & percuma pakej internet yang berbaloi selain melakukan pelbagai aktiviti/program sekeluarga dapat mengeratkan hubungan antara penduduk / komuniti Taman Jengka Impian...baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

HARI MENTAL SEDUNIA

Aktiviti Terkini | 24 Oktober 2018

Program ini dihadiri oleh YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad iaitu Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang....baca selanjutnya

HARI SUKAN TABIKA JENGKA 14

Aktiviti Terkini | 14 Oktober 2018

Aktiviti ini melahirkan masyarakat yang sihat dan aktif....baca selanjutnya

HARI BELIA SEDUNIA

Aktiviti Terkini | 13 Oktober 2018

Karnival ini diadakan di Stadium Bandar Tun Abdul Razak Jengka seramai 350 orang hadir memeriahkan karnival ini...baca selanjutnya

PASKAL LEGO

Aktiviti Terkini | 29 September 2018

Kanak-kanak diberikan LEGO skuad khas, mereka diberikan masa untuk mencantumkan lego tersebut, kemudian mereka menonton tayangan perdana Filem Paskal sebagai tanda sokongan kepada indutri filem tanah...baca selanjutnya

KELAS DOODLE

Aktiviti Terkini | 01 & 15 September 2018

Aktiviti ini dapat meningkatkan Daya Kreativiti Kanak-kanak setempat dengan membuat doodle mengunakan contoh yang berada di komputer.....baca selanjutnya

BUILD YOUR CITY (LEGO)

Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2018

Program ini diadakan bagi menilai kreatif mereka dalam mencipta Bandar mereka sendiri....baca selanjutnya

PROGRAM MEWARNA MERDEKA

Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2018

Program mewarna merdeka diadakan bagi memupuk semangat cinta akan negara....baca selanjutnya

PROGRAM SAYANG DI SAYANG

Aktiviti Terkini | 11 Ogos 2018

Program sayang di sayang ini diadakan bagi mengeratkan hubungan sesama komuniti....baca selanjutnya

‘ART IS NAISE’

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2018

Kanak-kanak di berikan objek dan mereka perlu mewarna atau melukis pada objek tersebut. Tempat di adakan di kawasan terbuka (taman) bagi memberikan peluang pada kanak-kanak mengeluarkan idea yang menarik.....baca selanjutnya

JELAJAH NESTLE

Aktiviti Terkini | 08 Julai 2018

Nestle berusaha memberi sokongan menerusi perkongsian maklumat dengan komuniti, sekali gus memupuk perkembangan keluarga sihat menerusi keperluan nutrisi harian yang disyorkan oleh Nestle Everyday....baca selanjutnya

SPEED FINGER

Aktiviti Terkini | 24 Jun 2018

Aktiviti ini akan mewujudkan semangat daya saing di kalangan kanak-kanak. ...baca selanjutnya

STUDIO PUSAT INTERNET JENGKA

Aktiviti Terkini | 23 Jun 2018

Aktiviti ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengendalikan bual bicara mereka (Talk Show) dengan sendiri....baca selanjutnya

KIDDOS GAMES

Aktiviti Terkini | 26 & 27 Mei 2018

Kanak-kanak diberikan gula-gula dan mereka di tugaskan untuk mengasingkan mengikut warna menggunakan chopstick dalam masa yang di berikan....baca selanjutnya

PENGAGIHAN SIMPACK MYAGRO

Aktiviti Terkini | 03 - 19 Mei 2018

Kementerian Asas Tani dengan kerjasama Digi dan Pusat Internet Taman Jengka Impian telah mengadakan program MyAgro di sekitar Kawasan Jengka...baca selanjutnya

HARI KOMUNITI FELDA JENGKA 14

Aktiviti Terkini | 29 April 2018

Pelbagai aktiviti di adakan seperti mewarna, sukaneka, KDB, E-WASTE dan MYAGRO. Ia bertujuan memberikan kesedaran terhadap bahayanya maklumat palsu dan mengadakan aktiviti kitar semula gajet lama kepada penduduk setempat...baca selanjutnya

DOODLE UNICEF

Aktiviti Terkini | 15 April 2018

Kanak-kanak memberikan sokongan dengan melukis doodle sebagai tanda sokongan program ini. Ia bertujuan menyokong hasrat murni UNICEF dalam menegakkan hak-hak kanak-kanak di dunia....baca selanjutnya

DIY TRANSPORTATION

Aktiviti Terkini | 07 April 2018

Kanak-kanak membentuk Lori, kapal terbang, bus dan lain-lain dengan mengunakan span yang diberikan. Ia bertujuan membantu meningkatkan imaginasi dan memberi inspirasi kepada kreativiti mereka....baca selanjutnya

Sketch Art

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2018

Aktiviti ini dapat membantu meningkatkan imaginasi dan memberi inspirasi kepada kreativiti mereka selain memperkenalkan applikasi yang membantu daya kreativiti mereka....baca selanjutnya

JENGKA CHALLENGE

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2018

Aktiviti ini bertujuan untuk menguji tahap dalam bidang pengetahuan am dan kenegaraan. ...baca selanjutnya

LUKISAN 4D

Aktiviti Terkini | 23 Mac 2018

Aktiviti ini diadakan di PI1M JENGKA IMPIAN untuk menarik minat golongan kanak-kanak mencuba aktiviti yang akan meningkatkan kreativiti sewaktu cuti sekolah....baca selanjutnya

PROGRAM JUALAN SENTUHAN RAKYAT PALIMEN KUALA KRAU

Aktiviti Terkini | 28 Februari 2018

Pasaraya U-Mart mengadakan Jualan Runcit dengan harga murah bagi membantu perbelanjaan rakyat dengan kerjasama Parlimen Kuala Krau ...baca selanjutnya

BACAAN YASSIN JIRAN WANITA TAMAN JENGKA IMPIAN

Aktiviti Terkini | 09 Februari 2018

Bacaan Yassin di adakan di PI1M JENGKA IMPIAN bersama jirawanita, juga di adakan Talk Ringkas KDB dan E-Waste....baca selanjutnya

PUZZLE STEREO HANDWORK

Aktiviti Terkini | 04 Februari 2018

Aktiviti ini diadakan di PI1M JENGKA IMPIAN untuk menarik minat golongan kanak-kanak mencuba aktiviti Kreativiti sewaktu cuti sekolah. ...baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M TAMAN JENGKA IMPIAN

Aktiviti Terkini | 28 Januari 2018

Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Taman Jengka Impian diadakan untuk memperkenalkan PI1M kepada penduduk setempat dan sekitar kawasan setempat. Ia juga bertujuan untuk menjalankan hubungan yang baik diantara penduduk setempat dan staff PI1M. Program hari terbuka ini juga adalah sebagai tanda terima kasih kepada ahli-ahli PI1M dan penduduk taman kerana selalu memberi kerjasama kepada pihak PI1M dalam setiap aktiviti yang dijalankan....baca selanjutnya

"JOM AMBIK TAHU, JOM AMBIK PEDULI" MOH BANTERAS PANGGILAN PALSU

Aktiviti Terkini | 16 Januari 2018

Ceramah Moh Banteras Panggilan Palsu diadakan bagi memberikan pengetahuan kepada komuniti setempat. Program ini juga melibatkan PDRM cawangan daerah Maran dan juga SKMM....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti