Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Taman Jengka Impian merupakan Projek Perumahan Rakyat Mampu Milik (PPRM) yang juga dikenali sebagai Rumah Kos Rendah. Terdapat 300 buah rumah yang telah dibina sebahagiannya untuk orang awam dan penempatan semula Matau. Majoriti penduduk di taman ini adalah semua melayu. Taman ini terletak di kawasan Bandar Tun Abdul Razak Jengka. Taman ini juga dilengkapi dengan kemudahan seperti dewan, surau, taman permainan, gelanggang futsal, tadika perpaduan dan Pusat Internet 1 Malaysia.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PENGENALAN 3D SKETCHUP

Aktiviti Terkini | 18 Disember 2019

Kelas 3D Sketchup Class di adakan bagi mendedahkan kepada pelajar apa itu 3D Sketchup. 3D Sketchup merupakan salah satu software yang mempunyai fungsi dalam design grafik model 3 dimensi yang digunakan dan dirancang untuk para profesional di bidang arkitek dan juga dalam pembuatan game. Ia sesuai digunakan sebagai pembelajaran permulaan....baca selanjutnya

KEM CUTI SEKOLAH 1.0

Aktiviti Terkini | 25 - 27 November 2019

Pusat Internet Jengka Impian telah mengadakan program kem cuti sekolah. Antara aktiviti yang di adakan adalah, pertandingan kahoot kdb, Word Search, Lego Time dan banyak lagi...baca selanjutnya

WELCOME TO ASEAN

Aktiviti Terkini | 12 Oktober 2019

Para pelajar di minta mencari 1 Negara Asia yang berlainan untuk setiap seorang dan mereka perlu menceritakan apa yang terdapat di Negara tersebut....baca selanjutnya

‘FINDING RIZQ’

Aktiviti Terkini | 11 September 2019

Program 'Finding Rizq' diadakan di Pusat Internet untuk golongan lepasan Stpm/Diploma/Ijazah dan lain-lain yang sedang mencari peluang perkerjaan di laman web yang berkaitan....baca selanjutnya

FUN RUN MERDEKA

Aktiviti Terkini | 31 Ogos 2019

Bersempena dengan menyambut Hari Kemerdekaan, Pusat Internet Jengka Impian bersama Persatuan KAF serta NGO lain bersama-sama mengadakan Program Fun Run Merdeka di Felda Jengka 14. ...baca selanjutnya

SELAMAT HARI BOMBA >

Aktiviti Terkini | 20 Julai 2019

Bersempena dengan menyambut Hari Bomba, Pelajar di Pusat internet telah melengkapkan lego yang bertemakan ‘Terima Kasih Bomba’....baca selanjutnya

‘ENCYCLOPEDIA OF DINOSAURS’

Aktiviti Terkini | 23 Jun 2019

Lego Dinosaurs diberikan kepada kanak-kanak dan mereka di minta mencantumkan sehingga emnjadi seperti di dalam gambar. Mereka juga di berikan penerangan tentang nama dan sifat-sifat dinosaur tersebut....baca selanjutnya

‘SCIENTIFIC RESEARCH TEAM’

Aktiviti Terkini | 22 Jun 2019

Bersempena dengan tema minggu sains, kami menerangkan dan memperkenalkan pekerjaan di bidang sains seperti Scientific Research Team yang terdiri daripada Chemist, Mathematician, Historian, Astronomers, Meteorologist, dan Cosmologists dengan mengunakan Lego....baca selanjutnya

MEDAN MEDIA SOSIAL ANDA

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2019

Program Medan Media Sosial telah di adakan di Felda Jengka 14 di mana, rata-rata wakil penduduk kampung di dedahkan dengan kelas media sosial seperti Aplikasi Whatsp, Instagram dan juga Facebook bagi memudahkan urusan pentadbiran mereka. Aktiviti ini juga di selitkan juga sedikit Taklimat Advokasi 2019....baca selanjutnya

ZIARAH KASIH ANAK-ANAK YATIM

Aktiviti Terkini | 01 Mei 2019

Pusat Internet bersama GPW Jengka 14 mengadakan Program Ziarah Kasih di Rumah Anak-Anak Yatim Tunas Harapan. Disamping mengadakan jamuan makan....baca selanjutnya

MTB JENGKA JAMBOREE

Aktiviti Terkini | 27 April 2019

JENGKA MTB JAMBOREE telah julung-julung kali diadakan serta dibawakan Khas oleh PPAM diKuasakan oleh Jengka Bikers. Mereka akan melalui Trek kelapa sawit yang menghijau,bukit bukau yang menguji keupayaan riders untuk menakluki puncak dan yang menariknya grand prize lucky draw sebuah motorsikal jenama SYM yang bakal dibawa pulang bagi peserta bertuah, hadiah setiap kategori dan pelbagai lagi hadiah lagi....baca selanjutnya

‘FRIDGE FOOD MAGNET’

Aktiviti Terkini | 06 April 2019

Fridge Food Magnet merupakan satu ‘Education Games’ yang telah di adakan di Pusat Internet Taman Jengka Impian. Bertemakan ‘’Food’’ atau makanan, seramai 10 orang telah berjaya menyiapkan menu mereka....baca selanjutnya

JUST FOR FUN

Aktiviti Terkini | 16 Mac 2019

Satu kuiz "Just for Fun" yang kini semakin "trending" di media sosial di adakan di Pusat Internet Taman Jengka Impian, dimana pelajar bebas menjawab kuiz yang terdapat di laman Facebook atau di mana-mana laman web masing-masing. Kemudian Staff akan menerangkan bahayanya kuiz di laman sosial "Just for Fun" kerana ianya membolehkan kebocoran maklumat peribadi pengguna....baca selanjutnya

JOM MELEMANG

Aktiviti Terkini | 03 Mac 2019

Lemang merupakan sejenis masakan dan makanan tradisi yang disukai ramai. Lemang juga dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari raya. Namun berbeza dengan aktiviti kali ini, KRT Jengka 14 bersama-sama Pusat Internet Taman Jengka Impian ‘’melemang”” sebelum hari perayaan. Program Ini juga di selitkan dengan aktiviti Advokasi KDB oleh Pusat Internet....baca selanjutnya

Kuiz Spontan KDB

Aktiviti Terkini | 23 Februari 2019

Berkongsi ilmu Klik Dengan Bijak kepada komuniti dengan kaedah yang baru bagi serta bertujuan untuk melihat sama ada ianya di terima baik atau tidak....baca selanjutnya

Taklimat TTT Advokasi (Maran)

Aktiviti Terkini | 25 Januari 2019

Tujuan taklimat ini adalah melatih dalam memberi taklimat Klik Dengan Bijak kepada komuniti serta berkongsi ilmu pengetahuan mengenai tajuk advokasi yang digariskan oleh pihak MCMC untuk disampaikan kepada komuniti agar maklumat yang disampaikan adalah berkesan serta sahih...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti