Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Taman Jengka Impian merupakan Projek Perumahan Rakyat Mampu Milik (PPRM) yang juga dikenali sebagai Rumah Kos Rendah. Terdapat 300 buah rumah yang telah dibina sebahagiannya untuk orang awam dan penempatan semula Matau. Majoriti penduduk di taman ini adalah semua melayu. Taman ini terletak di kawasan Bandar Tun Abdul Razak Jengka. Taman ini juga dilengkapi dengan kemudahan seperti dewan, surau, taman permainan, gelanggang futsal, tadika perpaduan dan Pusat Internet 1 Malaysia.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


Wood Craft Construction Challenge

Aktiviti Terkini | 23 Disember 2016

Aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kebolehan masing-masing dan membantu pemikiran pelajar...baca selanjutnya

Lego Challenge

Aktiviti Terkini | 23 Disember 2016

Aktiviti ini mengunakan imaginasi bagi mencipta sesuatu benda dan bertujuan untuk memupuk semangat berpasukan dalam kalangan ahli PI1M...baca selanjutnya

Aktiviti Mewarna di PI1M

Aktiviti Terkini | 03 Disember 2016

aktiviti ini dapat menarik minat dikalangan kanak-kanak dan melatih mereka lebih kreatif disamping menggalakkan mereka dengan aktiviti yang sihat...baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

Program Hari Graduasi Tadika Kemas peringkat Zon Jengka

Aktiviti Terkini | 22 November 2016

Pihak PI1M dijemput untuk memeriahkan Hari Graduasi Tadika Kemas peringkat Zon Jengka yang diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada kecemerlangan yang dicapai oleh murid sepanjang sesi persekolahan...baca selanjutnya

Program Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC) Dan Karnival Kesihatan Peringkat Daerah Maran 2016

Aktiviti Terkini | 19 November 2016

Program ini dijalankan adalah untuk mempromosikan Pusat Transformasi Komuniti Bergerak yang diadakan di Perkarangan Anjung Selera, Bandar Jengka, Pahang...baca selanjutnya

Hari Sukan Tadika Jengka 14

Aktiviti Terkini | 09 November 2016

Pihak pengurusan PI1M Jengka Impian dijemput untuk memeriahkan Hari Sukan Tadika Jengka 14 yang diadakan di Padang Besar Jengka 14...baca selanjutnya

Program Bubur Asyura

Aktiviti terkini | 23 Oktober 2016

Program ini diadakan adalah untuk sebagai satu penghayatan berkenaan Muharram dan hijrah dan ia memupuk satu amalan masyarakat untuk bersatu dan berkerjasama di antara satu sama lain...baca selanjutnya

Program Rakan Taman bulan Oktober

Aktiviti terkini | 22 Oktober 2016

Program ini dijalankan bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara penduduk. Selain itu, program ini memupuk sikap pembersih demi memelihara kawasan persekitaran...baca selanjutnya

Hari Sukan Negara

Aktiviti terkini | 08 Oktober 2016

Aktiviti seperti ini sangat memberi kelebihan kepada negara dalam meningkatkan taraf kesihatan dalam kalangan rakyat. Justeru itu, pihak PI1M berpeluang menyertai Hari Sukan Negara peringkat Jengka. Pelbagai aktiviti diadakan pada hari tersebut antaranya ialah...baca selanjutnya

Majlis Hari Peneroka Peringat Kebangsaan bersama Perdana Menteri Malaysia

Aktiviti terkini | 23 September 2016

Majlis ini diadakan bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara pemimpin dan penduduk setempat...baca selanjutnya

Sambutan Hari Malaysia

Aktiviti terkini | 16 September 2016

Sambutan Hari Malaysia ini diadakan bertujuan untuk menyuntik semangat kemerdekaan dalam kalangan kanak-kanak serta masyarakat sekitar di Taman Jengka Impian...baca selanjutnya

Origami Talent

Aktiviti terkini | 03 September 2016

Aktiviti sebegini dapat meningkatkan tahap kreativiti dalam kalangan kanak-kanak. Selain itu, kanak-kanak juga dapat memperlajari origamai dari Youtube...baca selanjutnya

Pertandingan Mewarna Poster (TOPENG)

Aktiviti terkini | 27 Ogos 2016

Tujuan pertandingan ini dilakukan adalah untuk meningkatkan tahap komunikasi antara satu sama lain dan mewujudkan suasana pergaulan yang selesa selain memupuk aktiviti yang sihat...baca selanjutnya

Kuiz Merdeka

Aktiviti terkini | 20 Ogos 2016

Aktiviti ini akan memupuk semangat cinta pada Negara dan mengeratkan hubungan antara kakitangan PI1M dan kanak-kanak setempat selain menguji pengetahuan am tentang Malaysia...baca selanjutnya

Gotong-royong bersama KRT dan Jiran Wanita

Aktiviti terkini | 13 Ogos 2016

Program ini akan mengeratkan hubungan silaturahim antara staf dan ahli KRT dan jiran wanita selain memastikan kawasan taman hadapan PI1M Jengka Impian sentiasa berada dalam keadaan baik dan bersih...baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2016

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M Jengka ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Jengka seperti kelas komputer dan sebagainya...

Latihan Usahawan PERCUMA

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti